January 31, 2012

Sambung Study atau TAK??

Assalammualaikum..

Hari ni dah penghujung hari untuk bulan Januari.. Cepat jer mase berlalu.. Saper yang terlambat tu, hi-hi bye-bye jerlah jawabnya.. 

Tak lama lagi result untuk kemasukan ijazah ke UiTM akan diumumkan.. Semalam maz check, keputusan keluar pada hari khamis nie iaitu 2 Februari 2012.. 

Maz memang excited sangat nak pergi sambung belajar balik.. Rindu nak bergelumang dengan kertas-kertas, assignment, dan rindu nak ke kelas semula.. Tapi kenapa bila result dah nak keluar, hati ni berbelah bahagi pulak?

muka sedih sangat!

Maz masih lagi ragu-ragu nak sambung study.. Tambahan pulak maz risau kalau kene pergi jauh-jauh.. Satu sebabnya, maz risau kerjaya maz yang sekarang akan terjejas bila maz pergi jauh-jauh. Tulah sebab maz try mohon masscom sebab nak duduk kat Shah Alam.

Tapi satu sebab lagi maz pilih masscom, maz dah tak mo ambik subjek yang link dengan course time maz diploma.. Maz nak lari dari kebiasaan dan cuba sesuatu yang baru.. Mungkin maz patot develop perasaan cam ni untuk tempat baru yang maz tak tau lagi kat mana..

Siyesly sekarang ni memang perasaan ni 50-50 jer rasanya.. Antara nak pergi kalau dapat Shah Alam atau tak kalau dapat jauh-jauh...

Doa maz moga dapat Shah Alam.. Bukan sebab maz anak manja tak boleh berenggang dengan family.. Tapi maz fikirkan kerjaya maz.. Kalau kate maz tercampak jauh, macam mane dengan kerjaya yang maz dah tempuh nak dekat setahun nie?? 

Maz percaya rezeki seseorang tu telah ditentukan oleh ALLAH.. Maz tak ragu-ragu dengan itu.. Cuma maz berharap doa maz dimakbulkan DIA... 


Thanks sebab bace.. Korang pernah tak rase cam ni? Kongsi-kongsilah :)

January 30, 2012

Review Mascara Maybelline, The Falsies

Assalammualaikum..

Oke, kebelakangan ni idea untuk blogging agak kurang.. So kadang-kadang maz hanya akan bukak jer blog.. Tapi tak tau nak post ape.. Mintak maaf sesangat.. 

Hari ni maz nak buat review untuk satu produk nie.. Seperti yang korang tahu, maybelline baru jer keluarkan iklan maskara terbarunya.. Yang "falsies" tu.. Tak perlu pakai bulu mata palsu tu.. Tak ingat?? Jap-jap.. Maz nak selongkar youtube.. Carik kot-kot ade.





Haaaa.. Nasib baik jumpa.. Well... Mascara ni maz dah beli dari minggu lepas lagi.. Tapi hari ni baru dapat buat review.. So jom!! Scroll ke bawah untuk bace review keyh!






Nama Produk: The Falsies Volum Express Waterproof

Brand: Maybelline

Review:  Siyesly tak derlah falsies sangat pun.. Effect lebatkan bulu mata tu biasa-biasa aje berbanding dengan the magnum maybelline or stiletto.. The falsies ni sangatlah biasa-biasa..  Tak leyh tanding magnum yang lagi best dari nie. So, korang nak beli boleh.. Now ade promotion.. Maz tak ingat dah berapa harga mascara ni time beli.. Tapi rm30+ lah.. Cuma jangan expect lebih bila tengok iklannya yer.. 

Kalau nak betol-betol falsies, sapulah banyak lapisan sampai dapat bulu mata yang diidamkan.. Sebabnye maz ingat bila sapu dalam satu ke dua lapisan dah boleh nampak tebal.. Tapi tak lah.. Biasa-biasa jer.. KECEWA..... =.=

Rating: 6.5/10



Itu jerlah.. bubye!!




January 27, 2012

Tutorial Editing Software Meitu Xiu


Assalammualaikum..

-Korang nak tak ade mata besar tanpa perlu beli contact lens mahal-mahal??

-Nak nampak kulit flawless walaupun sebenarnye kulit korang tak flawless tanpa perlu pakai mekap?

- Nak gambar nampak awesome giler???

Kalau korang antara mereka yang kat atas nie, korang patot try nie.. Tapi before maz teruskan lagi, meyh maz tunjuk gambar dulu.




Amacam??? Tertarik tak?? Mata dolly-dolly gitu kan?? 

Korang fikir maz pakai software ape???

PHOTOSHOP??

Memang sampai ke sudah tak siap.. Tak dapat nak edit bebanyak gini.. Nak tengok gambar sebelom editing tak??? Kulit maz tak flawless.. Pipi maz tak kurus cam tu hokeyhhh.. Mata pun tak boooolat cenggitu.


Tetiba jer transform!!! Fuh3!!!

Software ni memang best.. Tapi masalahnya adelah software ini bukan berbahasa inggeris.. Apatah lagi berbahasa melayu.. Tetapi dalam tulisan cina.. Adekah anda memahaminya?? Sebab maz tak paham.. Nak google translate satu-satu memang tak lah kan...

Firstly, korang kene install software ni dekat SINI..

[dah habis besar dah font nie.. Sila tekan perkataan SINI kat atas tu untuk install software]

Lepas dah install... Baru korang boleh guna.. Siyes memang tak paham kan.. Tapi saper biase install software dalam laptop, mesti biase nak tekan butang mana.. 


-Ni adalah paparan pertama yang korang akan nampak.. Kalau kurang jelas tulisan, tekan untuk membesar yer.. 

Lepas tekan butang warna kuning tu, akan keluar window untuk korang pilih gambar.. Pilih jer mana-mana gambar yang korang nak edit.. So, maz pilih gambar yang bawah nie.


-Tekan bar no 2 untuk mula editing.


-First sekali, korang akan nampak benda nie.. Maz andaikan benda nie macam bedak compact.. Contoh gambar korang memang naked face.. Tak pakai mekap langsung, editing ni sesuai untuk cerahkan kulit dan bagi muka nampak berseri sikit...


-Maz dah cerahkan kulit.. nampak perbezaannya dengan yang atas tu?? 
Kemudiannnn...


-Untuk licinkan kulit dan hilangkan segala noda kat muka.. Tekan yang sidebar number 2 tu.. 
Pilih saiz brush dan pilih jugak intensity untuk blurkan noda-noda dimuka.. Lagi terok keadaan muka, lagi besar intensity yang diperlukan..


-Yang ni best.. Untuk mereka yang ada pipi tembam macam maz contohnya.. Pilih button nie.. Dan adjust bahagian mana yang korang nak kuruskan.. Buat ikut suke hati lah.. hihihi


- hilangkan jugak lebam bawah mata korang.. Baru nampak berseri sikit.


 -Lepas tu tibalah mase untuk besarkan mata korang.. Haaaaaaa! Part ni best.. Besarkan mata korang sebesar mana korang nak.. Terpulang pada taste masing-masing.. 



-Kalau nak tambah contact lens pun boleh jugak.. part ni agak susah sket.. Sebab mata kita bukan bulat-bulat macam lens tu.. Tapi letak jer.. Nanti boleh edit balik.. Tutup dengan fake lashes dan eyeshadow editing... hahahaha


-Dah siap tu, pakai eyeshadow pulak.. Pilih eyeshadow mana yang korang berkenan.. Tak kisah warna apa pun.. Glitter, arabian ker.. Asalkan cantik bila letak kat mata korang.


-fake lashes.. Pilih fake lashes untuk atas dan mata bawah.. Nak nampak cam rozita che wan ker.. Siti nurhaliza ker.. Suke hati.. adjustlah sikit tebal dan jugak saiz yer..


-Jangan lupa pakaikan bibir lipstick.. Lebih kurang cam merahkan bibir korang jugaklah.. Pilih warna apa sahaja.. 


- Dah pakai lipstick, pakai blusher pulak.. Pilih warna dan adjust saiz dan jugak brightness dia tu.. Yang penting sedap mata memandang..



- tambah tattoo.. Ni terpulang pada masing-masing.. Tak mo tambah pun tak per kot.. 


-Dah siap mekap, edit effect gambar pulak. Pilih editing effect mane yang korang suke.. 

Bila nak save tu tak tau nak tekan mana kan.. Carik gambar nie:


Pilih nak save kat mana.. dan tekan butang warna hijau tu.. Settle.. hasilnye??? Tengok gambar bawah nie:



So rase-rase boleh buat tak?? Senang jer.. Kate kunci kat sini, pilih ikut sedap mata memandang... Jangan sampai jadi badut bergerak dah lah yer..  Lagi satu, bila pilih gambar... pilih yang CLOSE UP dan TERANG macam gambar maz nie.. Sebabnya senang nak edit. 

Kalau ade yang kurang paham, google translate je lah yer... hehehehehe.. Gud luck n selamat mencuba... 

Blog Make Up


Assalammualaikum...

Rindunya kat blog... Lama sangat tak update sampai banyak giler sawang melekat kat blog nie.. Maz on the way nak bersihkanlah nie.. Hehehehe

Walaupun maz kurang update, follower tetap bertambah.. Thanks to all of you! Tadi check number da meningkat ke angka 1134.. Tenkiu bebeh!!

Kejap jer nak masuk februari kan.. Rasenye baru semalam masuk tahun baru.. 

By the way, bagi yang dah lupa.. Maz nak ingatkan balik.. Maz update gambar-gambar mekap di blog maz lagi satu.. Tapi kalau mekap tutorial maz akan update di sini.. Cuma make up customer jer maz letak kat blog lagi satu..

So, kalau korang tak jumpa link untuk ke blog tu... maz bagi link ni.. Korang pergi teros ke sane untuk check hasil kerja maz... LITTLE LOVE ALWAYS MAKE UP

Lagi.. lagi.. Untuk yang nak book tarikh dengan maz.. Jangan terlambat yer.. Nanti melepas.. hehehe

Itu jerlah update petang ni.... Sorry tak der tutorial lagi setakat ni.. So sabar menanti yer.. Lagi satu, maz baru jer beli cocoa collagen.. Insya Allah kalau ade hasilnye maz pasti akan kongsi.. 


January 24, 2012

Suatu hari di dalam KTM

Assalammualaikum...

Rindu kat blog sebab adelah dalam 2-3 hari maz biarkan tanpa sebarang update.. Sorry guys.. Maz buzy sikit.. Tak der masa nak hadap laptop dan create entry baru..

Btw, entry ni adalah ringkasan untuk 2-3 yang maz hilangkan diri dari blog nie.. So maz pun tak derlah nak citer panjang mane pun.. Maz ringkaskan pasal weekend maz dan kejadian paling best pernah terjadi kat maz. 

Firstly, sabtu dan ahad maz di isi dengan mekap dan mekap.. dan mekap lagiiiiii.. Sabtu ade event White Fever photoshoot dari JCS.. Gambar-gambar maz akan upload di blog maz yang lagi satu..

Hari ahad pulak maz pergi Wangsa Maju untuk mekap tunang... Lepas mekap-mekap maz dan adik jalan-jalan area KLCC dan lepas tu THE MINES.. Sajer nak habiskan mase.. Sebab maz sewa kereta sehari for that day.. So rugi kalau tak habiskan mase yang ade tu.. Lagi pun minyak banyak lagi.. huehuehueeee..

Nak citer... Ahad malam Isnin, around kul 9malam cam tu maz dan adik naik KTM lepas hantar kereta sewa kat jusco equine.. 

Kitaorang dalam perjalanan nak balik LABU, NEGERI SEMBILAN sebab cuti isnin dan selasa.. So maz duduk coach khas untuk LADIES.. What to do.. Certain peoples memang jenis tak paham bahasa.. Ade jugak KAUM LELAKI dalam tu even dah tulis terang-terang... COACH FOR LADIES ONLY!

Tapi ape yang pelik, bukan lelaki malaysia yang buat cenggitu.. Tapi lelaki-lelaki dari negara seberang.. Which is....... fikir-fikirlah sendiri.. Korang pun mesti tau atau pernah alami.. 

Tapi bukan tu masalahnya atau point yang maz nak citer nie.. Pointnye the most annoying part is kat belakang maz ade sekumpulan budak perempuan, kiraan maz mungkin belasan tahun dok cakap dan ketawa mengilai sebijik cam pontianak dan macam coach tu hanya ade dia dan kawan-kawan dia.

I think it was most hilarious than this!

Diorang bercakap kuat-kuat macam bukan perempuan melayu.. Dan tak habis-habis keluarkan ayat-ayat lucah.. Tak sanggup maz nak taip.. Tapi korang bayangkan one of them tengok gambar kat DSLR kawan dia dan cakap " woaaaahhhh LESBIAN DOWH!!"

Lepas tu yang sorang lagi cakap "aku tak layan lesbian nie.. Aku layan BATANG jer!"... Ya Allah.. Urut dada dengar.. Dah ler maz depan diorang kot.. Budak perempuan yang sorang nie, pakai seluar ala-ala palazzo warna hitam tapi yang jenis getah spandex tu.. Baju tak reti nak labuh pulak. So each time dia mencangkung untuk tengok gambar kat kamera kawan dia yang tengah duduk kat lantai KTM, lepas tu bangun.. Can u imagine how it looks from back?? 

Maz dah malas nak dengar ape diorang cakap.. Coz kalau buat pekak pun, diorang depan mata maz. Nak tak nak terpaksa dengar sebab bukannye cakap pelan-pelan.. Maz rase diorang pergi jalan-jalan KL dengan kawan-kawan.. Then on the way nak keluar tren [diorang turun kat Bangi], girl yang pakai palazzo leyh cakap gini: "BYE HANJENG..." 

Ianya sangat jelas okeyh.. Bukan maz sorang dengar.. Ramai yang dengar dan ramai yang geleng kepala tengok diorang. NAUZUBILLAH.. Maz tak tau saper yang diorang hanjengkan tu.. Memang kurang ajar sungguh.

Dan hari ni maz balik naik KTM jugak.. Dari seremban ke BANDAR TASIK SELATAN.. Boleh bayang tak dari Seremban sampailah ke BTS air cond KTM sikit pun tak terasa??? Semua orang berkipas dan berpeluh dalam tren.. Ya allah.. Seksa sungguh dalam tu.

Dah ler berdiri dari seremban sampai bts.. Pastu air cond buat hal.. Nasib baik maz duduk coach wanita.. Kalau dok coach campur-campur tu.. Adik-adik lelaki maz dah bau masam dah coz tercampur semua bau lelaki-lelaki dalam tren tu [btw, korang paham saper yang paling kuat berbau]

Itu jerlah.. KTM, pleaselah improve sikit perkhidmatan tu.. Bayar mahal kot.. Tapi servis hampeh!! Maaflah. Ini negara demokrasi.. Semua berhak bersuara.


January 19, 2012

Mekap Tutorial: Tahun Baru Cina

Assalammualaikum..

Hihihihi.. Update lagi.. 
Bosan tak tengok??
Kalau bosan tekan jer butang X merah tu.. 

Tapi kalau yang tak bosan.. Meyh-meyh.. Maz nak tunjuk nie..
Korang mesti suke tutorial kan?? Lagi-lagi tutorial mekap.. Suke tak-suke tak?? okeyh! Gedik!

Hari selasa maz dah publish ROZITA CHE WAN TRANSFORMATION LOOK..
Kali ni sempena raya cina nak dekat nie, maz nak publish tutorial mekap untuk raya cina..

Aiyaaaa! Kita 1 Malaysia maaaaa.. Semua laya pun kite wat tutorial.. hehehehe
Apa pasal ayat atas ni tetiba jadi cam amoi tetiba maz tak tau!
Yang maz tau maz nak publish ini kat korang.. Jom3!!



Close up mekap mata.. Maz gune kamera EOS 550D untuk ini :)


No editing plus tak der saper nak tolong ambik.. So maz snap sendiri..
Yeaaaaaaaaaa!!!

Mekap kali ni inspirasi dari warna-warna pada badan naga.. Perasan tak setiap kali ade tarian naga, warna-warna yang selalu ade mesti kuning, merah, biru.. Macam-macam lagi sebenarnye :)

Macam biasa maz akan letak video kat sini.. So teman-teman yang membace tak perlulah susah payah selongkar youtube carik channel maz... 
Tapiiiii!!!!! Korang still boleh ke youtube kalau nak cari tutorial maz yang lain-lain...
Rajin sikit yer gadis-gadis comel sekaliannn :)

List produk ade kat bawah nie.. 

naturactor code 152
pixy natural beige
eye primer elianto
manly 120 eyeshadow
essence black gel eyeliner
maybelline magnum mascara in brown
in2it blusher lovebird
silky girl moisture lips in caramel



To all chinese, HAPPY CHINESE NEW YEAR!!! Kalau ade angpau lebih, hulur-hulur sikit sama ini budak yer??? Mau yang tebal-tebal sikit.. hehehehe

Itu jerlah.. Selamat mencubaaaa!!!!

Review Filem: Journey 2, Mysterious Island

Assalammualaikum....

Time untuk masker!! hahahhaahha.. Sekarang maz tengah pakai masker kat muke.. Dah lama sangat tak pakai.. Tapi entry ni bukanlah untuk review sebarang masker yer..

Maz nak bagitau, maz dah tengok JOURNEY 2: MYSTERIOUS ISLAND..


Well, THE ROCK alias Dwayne Johnson memang awesome.
Vanessa Hudgen... wow!! she's gorgeous!!

Overall movie ni boleh tahan.. Pendapat maz, dari segi rating boleh bagi 8.5 bintang.. Coz ade certain part 
kurang puas hati.. Especially the editing part untuk gambarkan tempat tu..
Maz rase pulau dalam citer avatar lebih real editingnya!

Mysterious Island adalah mengenai sebuah pulau yang tidak kelihatan pada pandangan mata.. 
Untuk kesana, kena melalui ribut taufan dan angin kencang yang kuat.. Ramai yang tak balik lepas jejak kaki ke situ..

So, Dawne Johnson or Hank dan anak tirinya telah ke PALAU [ini bukan typo yer.. memang nama tempat tu PALAU].. Sebuah pulau kecil untuk pergi ke sana.. Nama tukang bawak helikopter dengan anak perempuannya tu dah lupa pulak!

Kalau nak tahu lebih lanjut, maz rase better korang pergi book tiket sekarang, or pergi jer besok ker bila-bila ker asal boleh pergi.. 

Sebab kalau cerita, maz rase mau panjang berjela entry ni kang. Lagipun tak boleh nak imagine kalau takat baca gini.. 

So maz rase itu jerlah.. Still! Tak rugi untuk menonton wayang nie.. Tak sangka rupanye ahli gusti THE ROCK itu sangat berbakat! 

January 18, 2012

Jadi Perempuan Ni Susah Kan?

Assalammualaikum...

Pernah korang terfikir betapa susahnye menjadi seorang perempuan nie?

Yerp.. Maz rase agak susah sikit terutama bila berada di khalayak ramai.. Maz tak der masalah dengan pakaian dan sebagainya.. Apa yang dilarang maz takkan buat. Tapi kepercayaan kat manusia tu kurang terutama dengan orang yang kita tidak kenal... 

Di mana pun kita, jika kita berseorangan kita akan bina benteng yang menjurangkan diri kita dengan orang yang tidak kita kenali.. Tapi bila benteng jurang tu dirapatkan, kita akan rase selesa dan selamat dengan orang tu.

Perempuan ni kalau nak keluar kene berteman.. Kena ade saudara lelaki yang boleh jaga.. Takut apa-apa jadi.. Tapi tadi, bila part kene bebel dengan ayah maz... Adoilah.. Susah sebab dia kurang percaya dengan maz.. Tapi adik maz kate ayah bukan tak percaya kat maz tapi tak percaya kat orang lain..

Mungkinlah.. Ayahhhhhhhh.. Maz nak masuk 22 dah.. Dan maz carik duit dengan buat mekap.. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah.. Memang belom ade hasilnya.. Maz baru merangkak.. Ayah maz expect maz terus berjaya jer..  Hurmmmmm... Semua orang kalau berniaga pun bermula dari bawah..


Maz buat entry ni bukan sebab nak burukkan ayah maz.. Tolong jangan salah paham yer.. Cuma maz rase kadang-kadang ayah maz terlalu konservetif.. Terlalu mengikut sangat zaman dia kanak-kanak dan bandingkan dengan zaman maz sekarang. Apa-apa pun dia tetap ayah maz. Orang yang dah besarkan maz..

Maz cuma berharap ayah beri sedikit kepercayaan kepada maz dan beri sokongan penuh dengan apa yang maz lakukan.. Itu jerrrrrr harapan maz...

Dan.. Semalam maz tengok bicara hati.. Ade butik pengantin dalam tu.. Tiba-tiba maz teringat, dalam mase 5-10 tahun lagi maz nak bukak satu butik pengantin macam tu.. Hopefully impian maz tercapai..



Terima kasih sebab bace.. Dah tengok tutorial ROZITA CHE WAN kat youtube??
Kalau belom, tengok cepat! 

January 17, 2012

Makeup Tutorial: Rozita Che Wan Transformation Look

Assalammualaikum...

Dah lama maz mendiamkan diri dari buat sebarang tutorial.. Maz mintak maaf.. Maz berjauhan sebab terpaksa follow pantang mekap 2 minggu.. Alhamdulillah sekarang dah boleh guna dah.. 

Kali ni tutorial maz adalah transformation look lagi.. Maz rase ni last then maz nak fokus mekap-mekap biase jer.. Sebab boring gak buat transformation look nie.. Mekap lebih kurang.. Cuma lebihnye kat konturing muka jer... Tu yang rase bosannnnnn..

Ade video yang maz tak show dalam ni especially part pakai bulu mata.. Tension korang tau tak? Punyerlah payah nak pakai.. So off camera.. Dan part shading maz lajukan cam kartun coz kalau buat slow motion memang berejam video tu jadinye.

Meyh layan ni dulu:



Opsss.. Terlebih besar pulak.. hehehe.. Hambik korang. Taik lalat pemanis sebijik kat tepi bibir!


Bulu mata rozita che wan ni berejam nak memakainyaaaaaaa.. Sumpah lepas ni tak derlah menggatal nak pakai dahhhhhh!

So, ini videonya.. Maz dah upload malam semalam.. Tapi maz privatekan sebab tak adil lah.. Kenelah sama-sama publish kat blog and also youtube kan.. Lagi pun semalam dah mengantok sangattttt.. 





Produk yang digunakan:

naturactor code 152
pixy natural beige
naturactor code 153 for shading
elianto eye base
manly eyeshadow pallet-hitam, pink, copper brown n highlight
loreal 350 british red
lip liner miss rose
maybelline mascara volume express
miss rose kajal
brand danny-blusher

Done! Gud luck semua.. Lepas ni nak buat tutorial ape dulu yer??? hihihihi




~Tak malu ker ambik gambar orang lain sebagai DEFAULT PICTURE facebook korang? BE YOURSELF~~

January 16, 2012

Berubah Menjadi Rozita Che Wan!!!

Assalammualaikum..

Guess what??

Selepas 2 minggu mendiamkan diri.. Tanpa sebarang tutorial mekap.. Ade tak yang rindukan maz???

Hehehhehe.. So guys.. Im coming back!! 

With new video insya allah.. 

Kali ni tutorial transformation look untuk jadi ROZITA CHE WAN..

Okeyh.. Tadi around 9pm maz cuba untuk mekap dan kelihatan seperti dia.. Tapi ade kekurangan dari segi lipstick and so on.. Maybe ade nampak cam tak sama.. Maz mintak maaf yer.. i'm just having fun with this look.. So tomorrow time wat video maz tak kelam kabut nak rujuk gambar semua...

Yeah! Meh tengok gambar...




Video tutorial akan dibuat esok.. So nantikan yer :)

Selamat malam semuaaaaa :)

January 15, 2012

Ada Bakat Ke Erk?

Assalammualaikum....

Semalam maz berada di satu lokasi dalam Malaysia.. Maz tak boleh mention sebab photographer mintak rahsiakan tempat shooting.. hehehehe..

So, semalam maz datang untuk mekapkan talent.. Kebetulan maz bawak kamera adik maz CANON EOS 550D.. Sajerlah nak ngetest ade bakat lagi ke tidak kan..

Antara hasil-hasil gambar yang maz dapat snap dan jugak edit seperti di bawah.. Jom check!








Editing+mekap+ambik gambar... semua maz yang buat.. Of courselah thanks pada photographer yang sebenar-benarnye.. Firdz Unlimitedgraphic dan Aidel Ana sebab tolong setting mana yang kurang...

Siyesly maz tak tau satu habuk pun pasal gambar.. Lagi-lagi nak amik gambar.. Nak ikut rules itu inilah.. Maz ambik gambar pakai ikut suke, hentam keromo jer.. Bak kate aizul marcello, ambik gambar pakai hati.

Update untuk mekap, maz akan update di LITTLE LOVE ALWAYS MAKE UP...

Untuk lebih gambar, boleh check di page maz: LITTLE LOVE ALWAYS

Itu jer.. Esok maz nak buat tutorial make up.. Rindu dah nak menggedik depan kamera :)

January 12, 2012

Shoutbox kat Blog, Penting ke Tak??

Assalammualaikumm

Selamat petang yer semua.. dah petang dah.. Cepat jer mase berlalu.. Bagi maz yang duduk kat rumah nie, masa memang cepat berlalulah.. Tak taulah orang yang bekerja macam mana kan.

Korang rase kan..... Penting ke tidak penggunaan SHOUTBOX nie?? Sekarang ni tak gune shoutmix dah kot sebab ade masalah.. Blogger sekarang gune CBOX atau FIBOX.. Betol ker eyh maz eja nie?? 

Dulu maz ade gak benda nie.. Tapi maz remove sebab time tu maz tak sempat nak tengok kawan-kawan yang tinggal jejak kat shoutbox..

Bagi maz, kalau nak tinggal jejak kenapa tak tinggal kat ruangan komen? Banyak lagi sebab yang buat maz remove shoutbox maz time tu.. Nak tau?? Meyh bace:


1. Tak sempat nak balas semua kunjungan yang tinggal link kat shoutbox.. 

2. Mereka yang tinggal link tu datang sekadar tinggal link or bace entry sekali? At least yang tinggal komen bace entry.. 

3. Link merapu-rapu yang tinggalkan kat shoutbox padahal dah ajar cam ner nak tinggalkan link.. Mudah kan?

4. Tak suke tengok shoutbox sendiri time tu.. 


Korang mesti rase semua nie alasan jer kan?? Tapi paling tidak ade satu atau dua alasan maz yang korang boleh terima.. So, maz pun fikir-fikir balik nie.. Nak letak shoutbox atau tak? Kalau letak dapat ke check diorang tu semua??? 

Itu jerlah petang-petang nie.. Selamat membaca yer :)

January 11, 2012

Review Produk: Meiko Naturactor The Best!

Assalammualaikum..

Maz yakin ramai dah tau pasal produk nie.. Dan ada jugak blogger yang dah review produk nie.

So ade yang tanye maz.. Cam ner nak tau produk ni ori ke tidak?

Ada yang kata kalau sticker licin cam berkilat-kilat tu tak ori.. Sebenarnye itu ori jugak.. Cuma itu sticker lama.. Sticker baru produk tu sekarang kalau digores bahagian yang warna perak ade keluar nombor siri..

Bezanye produk nie.. Kita boleh rase dengan tangan kita sendiri.. Kalau bila kita angkat, rase macam ringan.. Itu memang fake.. Bila bandingkan dengan ori, dapat rase yang tak ori tu macam ringan sikit.

Tekstur produk yang tidak ori lebih berminyak dari original.. Ini betol.. Maz pun dah tengok sendiri dan bandingkan.. Kalau bezakan warna pula, contoh code 171 untuk concealer.. Warna yang fake agak pudar dari original..

Korang mesti pelik maz cakap pasal ape kan?? Rasenye semua pun dah tau.. Hehehehe..

Nama produk MEIKO NATURACTOR..


Sticker yang berkilat tu adalah original jugak.. Cuma ianye sticker lama..
Untuk sticker baru, kalau ade garisan warna perak tu, cuba gores.. Akan keluar nombor siri cam kat bawah nie...



Contohnya ini.. 

Apa bestnya pakai produk nie?

Lagi ramai yang tanye sampai tak larat jawab.. Tapi soalan femes mestilah soalan pasal ori ke tak.. Maz jamin 100% kedai yang maz beli jual ori produk..

Bestnye pakai produk nie, kalau setakat untuk keluar harian.. Tak payahlah susah-susah nak beli concealer. Pakai naturactor jer.. Bedakkan sikit bawah mata.. Hilang dah gelap bawah mata tu.. Memang jimat.. 

Nak lagi best dan hasil yang ringan, basahkan span.. Maz lagi suke basahkan span dari pakai kering.. Sebab bila pakai kering rase tebal sangat dan rase berat. Tak taulah.. Penerimaan orang lain-lain kan.. Tapi Maz rase cam tu lahhhhh.. hehhee

Dan ianya juga bagus untuk kulit sebab diperbuat dari tumbuhan organik, japanese white flower.

Antara kelebihannya.. Maz copy saje ... hik3

•~ Anti kilauan / tidak berminyak.

•~ 100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat, dan noda hitam

•~ Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakainya

~ Melindungi kulit dari sinar uv yang menyebabkan pigmentasi

•~ Senang digunakan dan tidak melekit

•~ Bertahan hingga 12 jam, berbanding bedak biasa hanya 1 jam. 

•~ Tidak menutup pori-pori

•~ Sering digunapakai oleh makeup artis professional



Kalau nak tahu mana maz beli naturactor ori dan dengan harga special RM24 sahaja... cepat-cepat tekan link nie: ASNEDA COLLECTION dan ini page dia: asneda collection II

Untuk pemilihan color, maz harap korang tak salah pilih keyh.. Jangan tetiba jadi kelabu asap pulak muka.. Maz tak tanggung yer.. Segalanya di atas diri anda sendiri.. 

Muke maz pakai foundation nie? Jap carik... 


Amacam?? Dok fikir-fikir lagi??? 

Produk ni tahan lama.. Lupa nak cakap.. Maz pakai, boleh tahan dalam 3 bulan.. Kalau maz yang selalu mekap boleh tahan 3bulan, korang??? Baper lama agaknye?? Cepat-cepat!! Sementara harga special tu masih ade :)




Nak kulit muke flawless tanpa perlu bersusah payah? Tekan jer SINI!

January 10, 2012

Real Teddy Bear!!!

Assalammualaikum..

Siapa dari kecik sampai besar tak pernah berenggang dengan teddy bear, sila angkat tangan!! Ececeyh~~ Tak payah nak cover sangat yer.. Especially gegurl..


Maz pun sampai sekarang bersusun teddy bear.. Buat teman tido.. Kadang-kadang beralih posisi, tak der bantal nak pelok, pelok teddy bear.. hehehehe

Tapi ni maz jumpa teddy bear comel yang real.. Alalalalala~~ sukenyelah.. Jatuh hati.. Rase macam mau ade satu kat rumah.. 

Nak tau?? meyh tengok nie.. Serius!!! MEMANG REAL PUNYE TEDDY BEAR!!

------

------



-------































Haaaaa!! Ni lah dia teddy bear real tu.. Comel tak? Comel hokeyh.. Hitam-hitam kat mata, gebu! Geram tengokkkkkk.. Rase nak picit-picit, nak cium-cium...

Tapi time kecik-kecik cam nie jerlah maunye.. Dah besar kene simpan kat zoo.. Lagi pun panda kan haiwan yang hampir pupus dan tak banyak populasinya kat dunia nie.

So itu jelah.. Hehehehehe.. Jangan marah-marah tau.. Sajer usik-usik nie.. Mane ade teddy bear yang real..





Kulit Yang Licin Pasti idaman semua... nak tahu rahsianya?? TEKAN SINI 

Rahsia Kecantikan Dalaman Wanita

Assalammualaikum...

Maz nak tanye saper kat sini pernah minom cocoa collagen??

Maz nak tanye pendapat mereka yang pernah minom sebab maz ade gak tanye hari tu kat facebook.. Tapi masih fikir-fikir lagi.. Tengok testimoni pun dah.. Tapi masih ragu-ragu lagi. [sah! Jenis susah nak percaya]

Sebabnye harga pun dah oke.. Cuma part nak beli tu, ade yang harga lain-lain pulak.. Pastu risau original dengan tak.. Kalau nak tahu original sepatutnya beli kat mana??

Nak tau rupa cocoa collagen tu cam ner? Maz ade dah review.. Nak pergi beli sendiri pemalas.. Harapkan online shop jerlah.. hehehe


Hehehehe.. Maz 'menanti' kehadiran mu bulan FEBRUARI ni.. yihaaa!!




Nak kulit flawless bak pauh dilayang?? aceyh2.. TEKAN SINI!

January 9, 2012

Anak Asset Ke Syurga atau Neraka?

Assalammualaikum...

Anak asset ke syurga atau neraka?

Memang tersentuh hati bila dengar apa yang ustaz don daniyal sampaikan.. Ustaz ni maz mula-mula tengok dia mase bulan ramadhan tahun lepas.. Time tu baru lepas sahur.. Ustaz membicarakan tentang puasa.. Seronok sebab ustaz ni sempoi dan sangat kelakar..

Memang kagum habislah dengan cara penyampaian beliau.. Sekarang banyak yang share link ni kat facebook.. Dan maz baru tengok hari nie.. Siyes, silalah sediakan tissue kat tepi korang.. 

Bukan niat maz nak main-main. Tapi kalau korang betol-betol terase, betol-betol terkena batang hidung sendiri.. Mesti korang tau sendiri perasaannya macam mana..

Maz pun tak derlah pandai mana.. Cuma share dari apa yang maz tengok.. Semoga ini jadi pengajaran buat kita semua.. Ambillah iktibar dari apa yang disampaikan..




Jadilah anak yang dibanggkan ibu bapa..

Paling suke ayat beliau bila kata: "cuba bayangkan bila anak nie berdoa untuk ayah dia dengan nangis-nangis, takkan ALLAH tak nak makbulkan doa anak nie?"


January 8, 2012

Impian Biar Sampai Ke Angkasa Biru

Assalammualaikum semua..


Apakah impian korang selama korang hidup nie?

-nak beli kereta idaman hati?
-nak kahwin dengan kerabat diraja? [tetiba nyanyi lagu "aku nak kahwin dengan anak raja..hahaha]
-nak bukak perniagaan sendirian berhad?
-nak jadi isteri solehah atau suami yang soleh?
-nak bawak mak ayah pergi haji selagi mereka masih sihat?

Banyak sangat impian.. Terlalu banyak sampai tu ade yang merepek-repek bak kata ELFIRA LOY, Mimpi Biar Sampai ke Bintang.. Adakah impian juga satu mimpi? Mimpi yang akan terlaksana kalau korang ade keinginan dan usaha.

Maz selalu pegang kata-kata ni... sekali kita melangkah, jangan jangan terfikir walau sekali untuk toleh kebelakang.. Sebab siapa kita di masa lalu dah tak penting.. Siapa kita di masa sekarang yang LEBIH PENTING.


Percaya pada diri korang.. Korang kene yakin bila korang dah buat keputusan. Jangan ragu-ragu dan jangan putus asa..

Kalau tanyekan pada maz, impian maz memang banyakkkkkk.. Tadi sibok-sibok maz kemas shelf atas meja belajar coz nak kurangkan semak.. terutama semak di pandangan mata [hihihihi].. Maz terjumpa diari lama maz.. Belek punya belek, terjumpa list impian maz..

Kalau maz cakap mesti korang tak percaya.. Sebab masa tu maz tak nampak lagi yang maz akan pilih kerjaya jurusolek nie.. Dan dengan kerjaya nie, maz dapat pergi sana sini.. Alhamdulillah..

Dalam diari tu maz tulis yang maz teringin nak bukak perniagaan tudung sendiri dan buat handmade tudung dengan jenama sendiri. Tapi nampaknye tak terlaksana.. Sebab rezeki maz bukan ke situ.

Banyak lagi.. Sebenarnya banyak sangat impian maz yang tak tercapai lagi.. Paling penting, apa yang maz buat maz harap mendapat restu dari keluarga dan mendapat keredhaan ALLAH..

Terima kasih buat semua yang banyak beri kata semangat.. Sebab maz masih baru dengan dunia luar.. Bak kata lecturer maz, 'dunia luar sana lebih mencabar, lebih menakutkan.. Awak rasa awak dah bersedia?'....





YER!! MAZ DAH BERSEDIA! 

Penjagaan Mata Yang Terbaik

Assalammualaikum..

Kering idea gak yer nak menulis apa.. Sebab rase cam dah lama sangat tak keluar mana-mana.. Asyik dok terperap kat rumah jer.. Bosan!

Hujung minggu barulah bernyawa.. Keluar pergi mekap orang.. Kalau tak??? Agaknya gua ngan bilik pun nanti dah tak dapat beza.. 

Semalam lepas balik dari mekap photoshoot.. Maz rase cam pening+tak leyh nak angkat kepala.. Rasa cam berat jer.. Sekarang pun rase lagi walaupun maz dah rehat..

Bila maz post kat facebook pasal nie... Ade yang kata maz kene check tekanan darah, ada yang suruh maz minom jus carrot dan macam-macam lagi.. Maz rase ni sebab power mata maz bertambah.. Tapi maz tak pakai cermin mata dan tak pernah ade masalah mata pun sebelom ni..

Mungkin faktor selalu menghadap laptop dalam jangka masa melebihi 10jam sehari.. Pastu tak keluar rumah jamu mata dengan pokok-pokok yang berwarna hijau.. Sebab tu lah mata ni jadi letih. Korang ingat perot jer kene jamu? Mata pun kene tau.. Tapi jamu dengan benda yang baik-baiklah..

Maz pernah bace tips nie kat majalah rasenye.. Sebaiknye dekatkan meja belajar dekat dengan tingkap supaya pengaliran udara dari luar lancar dan korang dapat hirup udara segar setiap hari dan dapat tengok warna-warna hijau daun pokok.. Dah tu kalau bilik maz ni tingkap rumahnye menghadap tingkap bilik orang lain macam mane pulak??? Hehehehhe

Gurau jer yer.. Contoh macam pemandangan kat bawah ni:






Bestkan kalau rumah dekat dengan tempat-tempat cam nie.. Sejuk jer mata memandang.. Photoshoot pun cantik!

Atas rase kesedaran dan menyedari usia makin bertambah.. Yerlah! Maz mengalah.. Mungkin masanya maz kene jaga kesihatan, amalkan gaya hidup sihat dan kurang menghadap laptop, handphone dan sebagainya.. 

Hehehehe.. Cakap macam dah tua sangat kan? Tapi nak tak nak kene terima.. Usia makin bertambah bukan makin berkurang yer adik-adik.. Itu jer.. Bubyeeee!!


Meyh tolong kakak maz sambil TEKAN ni yer.. 
[bila pulak tukar jadi kakak nie?]

Pssst: Hencik NUFFNANG, bila nak dapat buffered earning lagi ye??? hehehehe




January 6, 2012

Gadis-Gadis Comel, Jom Join Ni!!!

Assalammualaikum semuaaaa...

Meyh tengok nie dulu!


Nampak tak yang comel-comel kat sidebar tepi tu?? Yang ade tulisan warna pink "about that girl" tu.. 

Okeyh~ Kat situ maz letakkan exchange banner untuk blogger yang ada banner dan nak exchange dengan maz.. So, maz nak bukak peluang ni untuk gadis-gadis di luar sana exchange banner dengan maz.. 

Caranya mudah jer.. Tinggalkan link blog korang kat bawah nie.. Maz akan check kalau blog korang ade banner.. Make sure yang ada banner blog jer okeyh? Advertisement ini tidak berbayar. Hanya terbuka kepada 10 blogger yang pertama sahaja.. 

Maz akan  jadikan entry ini sticky entry selama 3 hari beserta link-link blog yang maz tempek exchange banner mereka.. Untuk tu korang juga perlu copy code banner maz.. So fair and square keyh.

Sticky entry ni bermula pada pukul 6.30 petang, 6 januari 2012 
dan berakhir pada 6.30 petang, 9 januari 2012..

So apa lagi para gadis.. Ambik peluang ni keyh~ Free advertisement dan akan berada di scroll box tersebut selama SEBULAN!! 

Cepat join yer.. Kalau terlambat gigit jari.. tak payah buat entry pun.. Tinggal komen dan link blog jer :)

Meyh klik SINI dan juga SINI sebagai tanda sokongan!!

Gedik Pulak Benda Ni!!!

Assalammualaikum!! Selamat Pagi!

Grrrrrr... Pagi-pagi dah buat bengang.. Tapi tak derlah nak marah sampai hempas-hempas barang kan.. 

Kan sekarang maz dah ade dua blog.. Dengan menggunakan provider email yang sama iaitu gmail.. Tapi sebenarnya benda tu menyukarkan.. Serabut kepala maz sebab contohnya kalau maz on second blog maz.. dan on jugak blog yang nie dalam masa yang sama.. Tapi pakai web browser lain-lainlah.. Bila maz nak follow follower yang follow blog nie, suppose akan keluar akaun untuk blog nie lah.. Tapi keluar untuk akaun lagi satu.. 

So, maz akan sign out.. Tapi bila sign out jadi cenggini pulak:

*kalau tak nampak tulisan, tekan untuk membesar

Take time tau mende nie.. Maz online balik kul 5.30 tadi.. Around kul 6pagi cam tu try untuk follow follower yang ada kat blog nie.. Tak boleh.. Cuba-cuba tak boleh.. Asyik keluar benda alah nie jerrr.. Lepas tu okey dah.. Lega!! Boleh follow lah kononnye. Sekali maz try sign out dari akaun second blog tu, jadi macam kat atas ni balik! 

Okeyh fine.. Suke hatilah ape nak jadi pun.. Yang penting korang harus tau.. Maz ade dua blog.. Tak kisahlah maz follow pakai akaun mana sekali pun.. Asalkan maz follow korang balik. Okeh kan cam tu? Tak nak lah nanti ade yang kate maz ni sombonglah apa sebab tak follow balik.. Harap memahami maz yer :)


Terima kasih sebab sudi baca.. Hehehehe.. Tak pernah ade entry pagi-pagi hari cenggini.. 
Kejap lagi pengsan sebab terjaga dari tido pukul 4.30 pagi sampai sekarang tak leyh lelap... [cedih!]

January 5, 2012

Jom Singgah Sini!!

Assalammualaikum...

Little Love Always telah melangkah setapak lagi apabila berjaya membuat second blog khas untuk hasil kerja maz untuk customer-customer maz.. [ceyh ayat!! skema gila]

*welcome to my wonderland :)

Sebenarnya maz buat second blog tu bukan sebab bajet hot.. Kalau bajet hot blog sedia ade sekarang mesti dah cecah follower banyak-banyak.. Kan?? Tapi follower maz pun berapa kerat sangat.. Terima kasih yer..

Maz tak boleh nak uruskan semua kat blog sedia ada.. Sebab tu walaupun berat hati sebab takut tak boleh manage dua-dua sekali.. Maz cuba jugak.. Maka terciptalah blog kedua maz khas untuk mereka yang ingin melihat hasil kerja maz.

Maz akan update pelan-pelan.. So maz mintak maaflah kalau progress tu agak lambat sebab maz pun kene fokuskan pada blog kesayangan maz ni jugak.. Mana boleh tinggal-tinggal blog nie.. Nanti rindu-rinduannnnnn.....

Korang boleh carik blog maz tu kat sini: LITTLE LOVE ALWAYS


Kenapa nama second blog sama dengan first blog? Sebabnya nama LITTLE LOVE ALWAYS ni dah jadi branding name untuk blog dan jugak business maz.. So sayanglah kalau maz tukar nama semata-mata untuk business kan.. Nanti orang tak dapat carik dah.. Lagi pun nama ni comel kan??? [angguk cepat!!]

Segala yang korang ingin tahu mengenai hasil kerja mekap maz boleh dilihat di situ.. Price dan juga service yang maz tawarkan juga ade disitu.. Number telefon pun ada.. Tapi please!! Maz tak layan number yang nak ajak mesej bukan-bukan yer.. Hanya untuk mereka yang serius sahaja!

Dan blog kedua maz tu pun masih dalam renovation.. Header pun tak der.. Kesengalan melanda bila terpaksa bukak photoshop dan study balik macam mana nak buat header. Tapi tak per.. Cabaran sebenarnye tu.. Heheehehehe.. Nak usik HTML memang lagi tak reti.. Nak upah orang?? Tak mampu dah!!! hehehe

So itu jerlah.. Nanti bila navigation kat blog ni dah siap maz akan letak satu tab bertajuk M.U.A. Kat situ korang boleh terus direct ke kedua maz tu untuk sebarang rujukan.. 

Terima kasih pada semua sebab sudi membaca.. dan terima kasih jugak pada yang menyokong maz.. Maz sayang korang semua ketat-ketattttt!!


Pssst: Followlah blog maz untuk sebarang update.. Maz akan follow blog korang balik yer.. :) Jangan segan silu tanya harga mekap.. hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...